PROGRAM KEMAHIRAN CANDLESTICK PROFESIONAL (TEKNIK 1 CANDLE)

PERJALANAN SAYA BERSAMA CANDLESTICK

Suatu ketika dahulu, saya pernah hampir berputus asa. Malah rasanya putus asa itu datang berkali-kali — bukan sekali, tetapi berpuluh-puluh kali.

Saya belajar trading melalui YouTube.
Saya belajar membuat penandaan, melukis zone, menunggu harga masuk ke dalam zone seperti mana yang diajar.

Namun setiap kali setup saya rugi, satu persoalan besar sentiasa menghantui saya:

“Kenapa setup ini boleh failed?”

Setahu saya, saya sudah buat semuanya dengan betul.
Tetapi saya tetap tidak faham kenapa rugi itu berlaku.


MENCARI JALAN MUDAH YANG TIDAK MENJAWAB PERSOALAN

Kemudian saya mula mencari signal.
Saya berfikir, mungkin dengan follow signal, saya tidak perlu lagi penat membuat analisa.

Saya tunggu.
Dari pagi tiada signal.
Petang pun tiada.
Malam baru ada signal.

Katanya signal hanya diberi apabila ada setup.

Namun saya tidak pernah benar-benar faham:
setup apa yang ditunggu?

Saya tetap positif.
Saya follow juga signal tersebut.

Apabila signal diberikan dengan jarak harga yang besar, saya entry.
Harga floating lama di dalam zone…
dan akhirnya akaun saya MC.

Saya boleh terima kerugian jika ada sebab yang jelas.
Tetapi apabila tiada sebab yang boleh saya fahami, persoalan itu kembali menghantui saya:

“Kenapa aku boleh MC?”

Dan persoalan ini tetap tidak terjawab.


BERGURU, TETAPI MASIH MENCARI JAWAPAN

Saya kemudian beralih untuk berguru.

Bagi saya, belajar dengan guru adalah jalan singkat untuk memahami sesuatu ilmu.

Saya belajar dengan ramai guru — dari yuran serendah-rendahnya, sehingga mencecah hampir puluh ribu ringgit.

Saya tidak kisah membayar, asalkan:

  • guru mengajar secara konsisten

  • penerangan jelas

  • dan paling penting, menunjukkan kenapa sesuatu setup boleh failed

Namun akhirnya saya sedar, kebanyakan guru:

  • mengajar apa yang mereka tahu

  • mengajar apa yang mereka mahir

  • dan kebanyakannya adalah ilmu yang juga boleh ditemui di internet

Bezanya hanyalah — bayaran menjadikan ia lebih cepat difahami.

Tetapi persoalan utama saya masih belum terjawab.


SAAT SAYA HAMPIR MENINGGALKAN TRADING

Akhirnya saya berkata kepada diri sendiri:

“Aku sudah nak berhenti trade.
Aku sudah letih.
Aku tak mahu lagi kecewa.
Aku tak mahu disakiti lagi oleh market.”

Saya mula menyalahkan market.
Saya kata market manipulasi.
Saya kata market suka libas.

Hakikatnya, semua itu hanyalah cara saya memujuk diri sendiri.


KEMBALI KEPADA TUHAN

Sehinggalah suatu hari, saya sedar —
tiada siapa yang boleh membantu saya selain Tuhan saya.

Saya luahkan semuanya kepada-Nya.

Segala keletihan, kekecewaan dan persoalan yang lama terpendam.

Dan apabila hati menjadi tenang, barulah saya mampu melihat chart semula — tanpa emosi.


MELIHAT CHART TANPA NIAT UNTUK ENTRY

Saya hanya melihat.

Saya tukar ke line chart.
Saya tukar timeframe monthly.
Saya lihat daily.
Saya lihat M1.

Saya hanya melihat pergerakan harga, tanpa niat untuk entry.

Saya melihat sehingga saya benar-benar puas.

Dalam proses itu, sesuatu menarik perhatian saya — candlestick.

Dan satu persoalan muncul dalam minda saya:

“Bagaimana satu batang candlestick boleh terbentuk?”

Sebagai seorang pencipta produk dalam bisnes sedia ada, saya terbiasa berfikir tentang proses penciptaan.

Jika wujud satu batang candle di chart, pasti ada proses di sebaliknya.

Saya tidak lagi bertanya “setup apa”, tetapi bagaimana candle itu terbentuk dari awal hingga akhir.


JAWAPAN YANG MENGGETARKAN JIWA

Apabila saya melatih diri untuk benar-benar melihat pergerakan candle, akhirnya Tuhan membuka satu kefahaman yang membuatkan bulu roma saya meremang.

Saat itu saya berkata kepada diri sendiri:

“Benarlah… jika dihilangkan semua candle dan ditinggalkan hanya satu batang candle sahaja, aku sudah boleh trade.”


BERMULA SEMULA DARI BAWAH

Dengan kefahaman itu, saya membina SOP trading untuk diri saya.

Saya bermula semula dengan modal kecil — USD 50.

Dari situ, akaun saya mula berkembang dengan lebih teratur.

 Saya mula membuka akaun berbeza mengikut gaya entry dan timeframe.

Ada entry:

  • 1 candle 1 tahun

  • 1 candle 1 bulan

  • 1 candle 1 minggu

  • 1 candle 1 hari

  • sehingga 1 candle timeframe kecil seperti M5. 

Teknik ini memberi saya kebebasan memilih masa,
dan yang paling penting — tiada lagi istilah “tiada setup”.


        


DARI ILMU PERIBADI KEPADA PERKONGSIAN

Pada awalnya, saya hanya berkongsi teknik ini dengan rakan-rakan terdekat.

 Sehinggalah suatu hari, seorang trader memujuk saya untuk mengajarkannya.

Beliau merupakan bekas manager broker.

Semasa saya mengajar, on the spot beliau terus faham dan terus entry.

Selesai kelas, beliau beritahu bahawa beliau sudah balik modal yuran kelas.

Beliau sanggup membayar RM3000 untuk belajar,
tetapi saya hanya mengenakan yuran kurang RM 700.

Kata-kata terakhir beliau masih saya ingat hingga hari ini:

“Puan, tolonglah bantu trader lain.
Bukan sebab mereka tidak pandai,
tetapi sebab ramai tidak tahu cara membaca candlestick dengan betul.
Apa yang puan ajar, memang betul —
jika ditinggalkan satu candle sahaja, saya sudah boleh trade.”

Testimoni beliau saya kongsikan di sini bukan untuk menagih perhatian, tetapi sebagai kenangan dan sumber semangat untuk saya terus berkongsi ilmu.


Jika Tuhan membuka hati anda untuk belajar bersama saya, sayalah yang akan menjadi pendidik anda.


Program Kemahiran Candlestick Profesional ini saya sediakan sehabis terbaik, berdasarkan perjalanan sebenar saya bersama market — bukan teori yang kosong.

Dan saya percaya, setiap hampir putus asa itu ada hikmahnya, jika kita tidak berhenti mencari jawapan.

Jika anda juga pernah berada di titik yang sama seperti saya dulu — keliru, letih, dan penat mencari jawapan — sayalah orang yang sepatutnya berjalan bersama anda dalam perjalanan trading yang baru ini.

Bukan sebagai “pemberi signal”, tetapi sebagai sahabat trading yang membimbing anda memahami kenapa entry itu dibuat dan kenapa sesuatu setup boleh failed.


Kita tidak berlumba untuk cepat kaya.
Kita belajar untuk faham, tenang, dan konsisten.

InsyaAllah, kita berusaha bersama-sama sehingga anda benar-benar mahir membuat entry berdasarkan 1 batang candlestick sahaja.

Untuk menyertai Program Kemahiran Candlestick Profesional ini, saya menyediakan sedikit bayaran penyertaan mengikut pilihan masa pembelajaran anda dan peranan saya sebagai tenaga pengajar.

Setiap pakej berbeza kerana:

  • proses pembelajarannya berbeza

  • tahap bimbingan berbeza

  • dan komitmen masa juga berbeza

Pilihlah pakej yang paling sesuai dengan diri dan situasi anda.

BONUS:
EA MULTITIMEFRAME FOREX/GOLD & KRIPTO

TARIKH PROGRAM TERDEKAT:
(Bagi pakej 1 to 1, tarikh program akan dibincangkan secara persetujuan bersama di Whatsapp)

Lokasi Akademi: Bandar Tanah Merah, Kelantan. 

Jika Tuhan membuka hati anda sehingga sampai ke bahagian ini, mungkin inilah masanya anda berhenti mencari di luar dan mula membina kefahaman dari dalam.

Saya tidak menjanjikan jalan yang mudah,
tetapi saya akan berjalan bersama anda
dalam perjalanan memahami market
dengan cara yang lebih jelas. 

Jika anda masih ragu-ragu, saya sediakan juga beberapa testimoni ikhlas daripada bekas student saya sebelum ini.

Mereka juga pernah berada di fasa yang sama seperti anda — keliru, takut untuk entry, dan tidak yakin dengan analisa sendiri.

Bezanya, mereka memilih untuk kembali belajar,
memilih untuk faham semula candlestick dengan betul,
dan memilih untuk meneruskan perjalanan trading mereka dengan lebih jelas dan tersusun.

Hari ini, mereka bukan menjadi trader yang sempurna,
tetapi mereka menjadi trader yang lebih yakin, lebih tenang, dan lebih berdisiplin.

Di bawah ini saya kongsikan testimoni sebenar mereka
sebagai rujukan dan cerminan perjalanan yang mungkin
sedang atau bakal anda lalui juga.

   


   


   


    


   


   


   


  


  


  


NOTA PENTING

Program ini adalah program pendidikan bersijil dan fokus utama dalam memberi pendidikan berkaitan candlestick. Tiada sebarang signal beli dan jual diberikan dan tiada jaminan keuntungan terus selepas pembelajaran kerana hasil pembelajaran bergantung kepada disiplin dan latihan peserta sehingga peserta mahir. 


PILIHAN KINI DI TANGAN ANDA.

PENYERTAAN HANYA TERHAD KEPADA

15 ORANG TERAWAL SEBELUM HARGA YURAN NAIK PADA BILA-BILA MASA SAHAJA. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
PAKEJ SILENT LEARNER
PAKEJ ONLINE GROUP COACHING
PAKEJ ONLINE 1 TO 1 COACHING
PAKEJ FACE TO FACE GROUP COACHING
PAKEJ FACE TO FACE 1 TO 1 COACHING
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN